Back To All

May 15, 2025 1PM

Sijil halal kukuhkan kepercayaan pelanggan White N Black Lakeside

Pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat mengukuhkan kepercayaan pelanggan untuk menikmati menu berkonsepkan barat dan bertaraf premium serta Melayu tradisional di restoran White N Black Lakeside tanpa was-was.


Ketua Pegawai Eksekutif MFJ Group Holding Sdn. Bhd, Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, restoran itu berpegang teguh kepada prinsip penyediaan makanan yang bersih serta berlandaskan hukum Islam. 


“Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian besar buat syarikat di bawah MFJ Group Holding Sdn. Bhd, sekali gus mengukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama dan menu yang disajikan,” katanya.


Menurut beliau, proses untuk mendapatkan pensijilan bukanlah sesuatu yang mudah.


Katanya, hal itu kerana ia memerlukan komitmen tinggi dari segi pematuhan syariah, penyediaan dokumentasi lengkap, pemilihan bahan mentah yang semuanya perlu memiliki pengesahan Halal, serta kesediaan untuk menghadapi audit mengejut daripada pihak Jakim.


“White N Black Lakeside bukan hanya mengetengahkan masakan tradisional Melayu, tetapi turut memperkenalkan menu barat premium seperti tomahawk, sirloin steak dan beef Wellington. 


“Semua hidangan ini disediakan tanpa penggunaan alkohol dan menggunakan resepi serta kaedah tersendiri yang telah mendapat pengesahan halal.


“Langkah tersebut menjadikan restoran berkenaan unik malah diyakini berbanding sesetengah restoran berkonsep barat lain yang tiada pensijilan halal kerana penggunaan bahan atau kaedah penyediaan yang tidak memenuhi syarat,” katanya dalam kenyataan.


Mohd Firdaus pada majlis pengumuman pensijilan halal di restoran berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurut Mohd Firdaus, dalam usaha memperkukuh struktur korporat dan melangkah ke peringkat lebih tinggi, MFJ Group turut mengumumkan pelantikan firma guaman Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co sebagai penasihat guaman rasmi syarikat. 


Beliau berkata, pelantikan itu adalah strategi penting dalam perancangan MFJ Group untuk penyenaraian awam (IPO) dan menarik minat pelabur institusi.


“Ia juga dijangka memperkukuh tadbir urus korporat, pengurusan risiko dan pematuhan undang-undang, sejajar dengan amalan pasaran modal.


“Dengan pensijilan halal yang telah diperolehi dan hala tuju korporat yang kukuh, MFJ Group kini menyasarkan pembukaan 20 cawangan dibawah penjenamaan White N Black Lakeside Restaurant dalam tempoh 3 tahun akan datang,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

15 May 2025

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:33

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:34:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase